Wednesday 29 February 2012

Ibnu Khaldun



                                                BIODATA


Nama       : Abdul Rahman Abu Zaid Waliyuddin b. Khaldun Al-Maliki   al-Khadrami
T/Lahir    : 733H @ 1332M di Naisabur
M/Dunia   : 808H @ 1406M
Umur       : 74 tahun 

 

KETOKOHAN
- Pakar Sejarah
- Pakar dalam iImu Siosologi (Kemasyarakatan)
- Ahli Falsafah

 

PENDIDIKAN
Mendapat pendidikan awal dari bapanya tentang asas-asas agama seperti al-Quran, Feqah, Hadith dan Tauhid.
- Hafaz al-Quran sejak kecil
- Apabila dewasa beliau belajar Lingustik Bahasa Arab (spt Nahu dan Saraf), Usuluddin dan Kesusasteraan.
- Beliau juga mempelajari Mantiq, Sains, Falsafah, Matematik dan Sejarah dari beberapa orang ulama'                terkemuka pada masa itu.
- Guru beliau yang utama ialah Muhammad b. Abdul Muhaimin. Beliau juga turut berguru dengan Abu Abdullah Muhammad b. Ibrahim Al-Abla yang mengajarnya tentang Siosologi, pOlitik dan Pendidikan.

 
SUMBANGAN

- Karya-karya beliau banyak mengaitkan sesuatu perkara dengan perkembangan rohani, akal dan akhlak. Di bidang ekonomi misalnya, beliau menganggap bahawa rezeki yang dikurniakan oleh Allah mestilah dibahagikan sama rat dan dibelanjakan kepada  perkara-perkara baik untuk kesejahteraan umat sejagat.
- Al-Muqaddimah merupakan karya beliau yang teragung.
- Kitab lain yang penting ialah ;

          a) Al-Ibbar yang mnyentuh tentang ekonomi dan sejarah
          b) Al-Ta'rif yang menyentuh persoalan ekonomi.


 

Monday 27 February 2012

Saat Rasulullah SAW dijemput sakaratul maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.


Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah;

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan 
l yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.

 “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
“Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”
 Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan, “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku…” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Adakah kita mampu mencintai sepertinya? Allahumma solli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Kalau kita tengokkan balik, betapa Rasulullah sangat mencintai kita. Semoga kita sama-sama cuba mencintai Rasulullah sepertimana baginda mencintai kita. InsyaALLAH.



Sunday 26 February 2012

Perasmian

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

selamat datang ke DIARI SARJANA : Ruang Informasi, Idea dan Pendapat. Ruang ini adalah ruang perkongsian maklumat semasa di dalam dan luar negara  disamping menjadi wadah utama untuk menyatakan idea dan pendapat yang zahirnya dapat dikongsikan di sini. Semoga ruang ini akan menjadi satu medan untuk kita berkongsi segala cerita semasa yang dapat menjana minda untuk menjadi lebih kritis dan kreatif. 

sekian :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...