Tuesday 27 March 2012

TAMADUN MELAYU: MASA DEPAN (PART 2)

Kecemerlangan tamadun melayu semakin berkembang apabila:-

Ø  wujudnya projek raksasa Koridor Raya Multimedia yang diumumkan pada akhir tahun 1996 yang menjadikan kawasan yang dilengkapi infrastruktur, perundangan, dasar dan amalan yang memungkinkan firma-firma multimedia menerokai dunia maklumat tanpa sempadan.

Ø  dalam pemerinthan negara Malaysia, masyarakat melayu sudah mempunyai pentadbiran yang cekap iaitu mempunyai jentera pentadbiran yang boleh dibanggakan. Ia bukan sahaja cekap, disiplin dan produktif tetapi bermutu tinggi dan setanding dengan jentera pentadbiran di negara-negara maju.

Ø  wujudnya masyarakat melayu yang bersatu padu, sentiasa memelihara moral dan etika serta masyarakat liberal dan bertolak ansur, maka tidak mustahil suatu hari nanti negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bertamadun. Jikalau di zaman penjajah Inggeris, anak melayu menjadi petani, pegawai rendah, tetapi sekarang sudah berubah menjadi ketua jabatan saintis, actuarist, ahli fizik nuclear, pakar bedah dan pakar dalam pelbagai bidang serta menjadi ahli korporat. Inilah masanya untuk membuktikan kepada dunia bahawa orang melayu boleh menjadi pengurus yang cekap dan baik serta mampu membangunkan kegemilangan tamadun Islam.


Ø  sains dan teknologi juga merupakan teras utama kepada pembangunan sesebuah bangsa melayu menjelang tahun 2020. keadaan ini dapat dilihat apabila komputer bukan lagi menjadi barangan mewah, tetapi keperluan harian manusia di masa hadapan. Kekuatan teknologi terletak kepada pembangunan sumber tenaga manusia. Justeru itu, masyarakat melayu perlu menjadikan Malaysia sebagai negara penyumbang kepada sains dan teknologi dan bukan hanya pengguna kemudahan itu menjelang tahun 2020.

Hasrat pembangunan ini tidak dapat di laksanakan, jika masyarakat melayu tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap berteraskan sistem nilai yang murni, beradap dan berakhlak mulia. Sejarah telah menunjukkan bahawa negara dan tamadun ada pasang surutnya iaitu yang jatuh dan bangun sepanjang masa pemerintahannya. Oleh itu, adalah penting bagi Malaysia dan rakyatnya mengkaji status pasang surut sesuatu tamadun agar dapat rakyatnya menjadikan iktibar untuk kemantapan pembangunan tamadun melayu dan negara Malaysia pada masa akan datang.

Tuesday 20 March 2012

TAMADUN MELAYU: MASA DEPAN (PART 1)

Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang berpaksikan akidah yang mantap, keluhuran undang-undang islam, kemakmuran yang diredhai oleh Allah dan akhlak umat yang tinggi. Untuk mencapai kecemerlangan masa depan dalam tamadun melayu, khasnya masyarakat Malaysia perlu mengejar untuk menjadi suatu masyarakat murni yang bersih dari sampah sarap kebendaan, rasuah, penyelewengan dan akhlak yang buruk. Situasi ini amat bersesuaian kerana dalam dua, tiga tahun ini telah berlaku beberapa cetusan idea di kalangan masyrakat melayu iaitu masyarakat berilmu, budaya berfikir dan Malaysia Baru. Menurut Kassim Ahmad (1994), Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato‘ Seri Dr Mahathir Mohamad sendiri telah merancangkan kita dengan visi wawasan 2020.
 Masa depan ke arah mencapai impian wawasan 2020 ini dapat dicapai melalui beberapa factor:
  1. dasar dan falsafah negara
  2. bentuk masyarakat yang hendak dibina
  3.  wawasan yang hendak di tuju dan 
  4.  usaha ke arah membina masyarakat madani (masyarakat yang bersih dari segala bentuk, syirik dan bentuk jahiliah)
 Masyarakat melayu pada hari ini ialah barangkali digambarkan sebagai pramasyarakat madani iaitu keadaan sebelum masyarakat madani. Namun tidak mustahil menjelang wawasan 2020 nanti, masyarakat melayu lebih bertamadun dalam erti kata yang sebenarnya.

Untuk mencapai masyarakat yang cemerlang pada masa depan,
Ø  kita memerlukan bimbingan dari Ilahi.
·         Bangsa melayu telah menganut agama Islam sejak kerajaan melayu iaitu 500 tahun dahulu. Daripada Al-Quranlah kita harus mencari panduan untuk menghindari bangsa melayu daripasa terhapus serta untuk membangunkan tamadun baru bangsa dalam abad ke 21. Selain itu , untuk membangunkan sebuah tamadun Malaysia Baru dalam abad ke 21, pemimpin dan rakyat kita mestilah kembali berpegang pada ajaran Al-Quran yang telah bertanggungjawab membangunkan tamadun dan empayar Islam dari abad ke sembilan hingga ke abad ke 13. dalam Al-Quran Tuhan memberi contoh raja Mesir atau firaun yang dianggap sebagai tuhan oleh rakyatnya, dan tuhan itu menghancurkan mereka akhirnya. Demikian kita mesti mengambil iktibar bahawa kita wajib berpegang teguh dan tunduk kepeda Allah dan tidak boleh tunduk pada sesiapa selain Allah. Faktor inilah boleh menjadikan tamadun melayu cemerlang di masa depan.

Ø  kita memerlukan gambaran yang lengkap tentang realiti dan kaedah-kaedah bertindak merebut peluang masa depan.
·         Gambaran masa depan tamadun melayu masih lagi kabur. Cebisan masa depan itu samalah rupa seekor gajah yang cuba digambarkan oleh enam orang buta. Orang yang memegang ekor gajah tidak sama dengan orang yang meraba telinga gajah. Usaha untuk bertindak merebut peluang masa depan itu menjadi tidak keruan. Oleh itu, kita memerlukan gambaran yang lengkap tentang realiti dan kaedah-kaedah bertindak merebut peluang masa depan. Dalam mencapai tamadun abad 21 adalah dipengaruhi oleh keupayaan manusia meneroka, membangun dan menggunakan manipulasi, sekurang- sekurangnya 20 tahun teknologi teras secara produktif dan optimum.

Ø  pemimpin negara Malaysia juga haruslah mempunyai keinginan dan daya usaha untuk memsnifestasikan kewujudan generasi masa hadapan yang mempunyai ciri-ciri pemimpin seperti yang diimpikan oleh Umar Ibn Al-Khattab.
·         Kejayaan wawasan 2020 banyak bergantung kepada kejayaan pemimpin masa kini yang membina generasi pelapis yang bermutu untuk mencapai kecemerlangan di masa hadapan. Suria Janib (1996), mengatakan bahawa contohilah Imam Ghazali dan Imam Syafie untuk cari ilmu dan ilmu itu dimanfaatkan untuk generasi akan datang.

Ø  Masyarakat melayu juga perlu mengalami transformasi yang radikal

  • pembaharuan melayu dalam konsep maju dalam ”acuan sendiri„ seperti yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai dasar agama dan budaya kita sendiri. Walaubagaimanapun dari segi kata lain, proses pembaharuan ialah satu proses yang berterusan yang harus dialami oleh setiap umat yang ingin mengemaskinikan diri, sesuai dengan pembaharuan zaman. Jadi dalam hubungan inilah uamt melayu harus menghadapi perubahan bagi menghadapi cabaran ke 21. Masyarakat melayu sekarang juga perlu bijak mengunakan kemudahan-kemudahan yang diperuntukkan negara dalam memajukan diri sendiri dan masa depan Malaysia. Falsafah in ada dijelaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato‘ Seri Dr Mahathir Mohamad yang berucap semasa mersmikan pelancaran Putrajaya pada 25 Ogos 1993. 

Sunday 18 March 2012

~DUIT SYILING BARU MALAYSIA 2012 ~ Satu Perubahan yang Releven??

sumber : ~malaysiakini~

Siri baru duit syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen telah pun dikeluarkan pada tahun ini; 2012.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengatakan bahawa mengatakan bahawa duit syiling baru ini diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.

“Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia,” – Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

sumber :MalaysiaKini

Antara KELEBIHAN duit syiling baru ini berbanding duit syiling yang lama adalah :
Lebih kecil dan ringan untuk pengguna menguruskannya.
  1. Mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza yang dapat membantu mereka yang kurang upaya mengenalinya dan membezakannya.
  2. Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang dapat mencegah daripada pemalsuan.
  3. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini," kata Zeti.

Namun, saya tertanya-tanya apakah relevan perubahan sebegini dilakukan kerana ianya melibatkan perubahan kepada sistem sedia ada yang menggunakan duit syiling sekarang. 
Contohnya mesin belian automatik yang menerima duit syiling, ke semua mesin-mesin ini harus diubah suai bagi membolehkan ianya menerima duit syiling baru ini yang berlainan saiz dan berat; dan ini melibatkan kos yang harus ditanggung oleh pemilik mesin-mesin terbabit.
 Sesetengah pihak mungkin melihatnya sebagai suatu perkara yang mudah, namun dari perspektif individu atau syarikat yang menjalankan mesin-mesin terbabit, ini suatu perubahan yang memerlukan mereka mengeluarkan kos pengubahsuaian.



p/s : Duit syiling yang lama tu boleh la simpan buat kenangan..tunjuk kat anak cucu nanti J

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia. 45 Universiti Disenaraikan!!

Sumber daripada : BeritaPendidikan
Tarikh : 15 Mac 2012

Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengakajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium.
 Apa maksudnya?
“masyarakat pakar dan pengkaji”

Senarai ranking universiti di Malaysia ini dinilai pada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik. Antaranya ialah Size, Visibility, Research papers & Scholars.

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia
  1. 428 Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. 437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3. 464 Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. 523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
  5. 596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
  6. 626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. 891 Multimedia Universiti (MMU)
  8. 1222 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. 1341 Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
  10. 1411 Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  11. 1598 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  12. 1687 Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  13. 1734 Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. 1777 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  15. 1838 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. 1842 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
  17. 2127 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  18. 2185 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  19. 2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  20. 2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  21. 2922 Open University Malaysia (OUM)
  22. 3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
  23. 4083 International Medical University
  24. 4232 Taylor’s University College
  25. 4481 Tunku Abdul Rahman College
  26. 4566 Universiti Pertahanan Malaysia (UPN)
  27. 4644 University of Nottingham Malaysia
  28. 4852 UCSI University
  29. 4977 Monash University Malaysia
  30. 5012 Malaysia Theological Seminary
  31. 5074 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  32. 5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus
  33. 5931 Universiti Industri Selangor
  34. 6045 Selangor International Islamic University College
  35. 6075 Al Madinah International University
  36. 6163 Wawasan Open University
  37. 6343 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  38. 6482 KDU College
  39. 6607 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  40. 6642 Asia Pacific Institute of Information Technology
  41. 6978 Help University College
  42. 7018 Sunway University College
  43. 7031 INSANIAH University College
  44. 7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
  45. 7361 Segi College
  46. 8058 Malaysian Institute of Management

P/S : Semoga senarai ranking universiti yang dikeluarkan ini menjadi satu motivasi kepada semua universiti supaya bangkit dan keluar untuk terus bersaing dengan kelompok elit universiti di peringkat Asia mahupun dunia.

Saturday 17 March 2012

‘APAKAH WARNA 1 MALAYSIA?’

(MAKSUD DISINI APAKAH MAKSUD 1 MALAYSIA) 

                                                 
Y.A.Bhg.Tun Dr.Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri menzahirkan pendapat bahawa walaupun  sudah lebih daripada 1 tahun Gagasan 1 Malaysia diumumkan, orang ramai masih  kurang  memahami matlamat sebenar  Gagasan 1 Malaysia.

 YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri turut mengakui kenyataan Dr.Mahathir malah mengesa agensi-agensi kerajaan meningkatkan kempen penerangan mengenai Gagasan 1 Malaysia.

Sebelum itu, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak juga pernah menyarankan agensi-agensi media mempertingkatkan penjelasan mengenai 1 Malaysia.

Hakikat Gagasan 1Malaysia
  • Gagasan 1 Malaysia menganjurkan nilai-nilai yang mampu membantu mengukuhkan perpaduan nasional . Nilai-nilai ‘inclusive’ diterapkan dalam masyarakat Malaysia dalam membina sebuahnation-state atau sebuah negara Malaysia.
  • Gagasan 1 Malaysia menganjurkan budaya hidup  bahawa walaupun agama, budaya, cara hidup dan keutamaan pelbagai kaum di Malaysia berbeza-beza, mereka  perlu mendekati sesuatu isu daripada perspektif  “Malaysian”.
  • Gagasan 1 Malaysia menekankan  pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan Negara.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk membantu usaha meningkatkan perpaduan malah menyuburkan cara hidup harmonis antara kaum. Setiap anggota dalam masyarakat  berbilang kaum perlu menganggap dirinya sebagai seorang  ahli dalam satu  keluarga besar ‘keluarga Malaysia’.

Persoalan:

Persoalannya, ada yang beranggapan bahawa Gagasan 1 Malaysia memberi hak sama rata kepada rakyat pelbagai kaum dan mendakwa kaum Melayu,Cina ,India dan kaum lain setaraf dari segi Perlembagaan. Sekiranya 1 Malaysia melaungkan perinsip semua kaum adalah sama rata dan penting bagi kerajaan , kenapakah dasar kedudukan keistimewaan  kaum bumiputra masih diteruskan? Kenapa kaum bumiputra dibeli kemudahan khas dalam bidang pendidikan, lesen, perjawatan dalam sektor kerajaan?

 Jawapannya:

  • Gagasan 1 Malaysia adalah bersandarkan kepada Perlembagaan Malaysia.  Perlembagaan Malaysia adalah merupakan undang-undang tertinggi Malaysia. Perlembagaan Malaysia pula merupakan satu dokumen yang mengandungi semua perkara-perkara yang telah dipersetujui oleh semua kaum semasa negara mencapai kemerdekaan (kontrak sosial).
  •  Tidak dapat dinafikan bahawa menurut Perlembagaan Malaysia, semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang (Perkara 8)  dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang, kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan Malaysia.  Dalam konteks ini, Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia  memberi  hak yang terasas kepada golongan Bumiputra (orang Melayu).
  • Perkara 153,  sambil  menjamin kedudukan keistimewaan kepada kaum bumiputra, ia juga memelihara kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan ini.Kerajaan tidak menghalang atau sekat kemajuan mana-mana kumpulan masyarakat atas dasar kaum atau etnik.
  •  Perkara-perkara  yang tersebut dalam Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan sokongan majoriti 2/3 dalam parlimen.Namun, beberapa Perkara penting, terutamnya  Perkara 153, tidak mudah dipinda kerana ianya perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja.

TAMADUN ISLAM






Pada hari ini, kita dapat melihat bahawa umat Islam tidak lagi bersatu dan membawa haluan masing-masing. Seperti yang kita ketahui bahawa umat Islam yang terdahulu dapat mencipta tamadun yang hebat dan Islam tersebar dengan meluas di setiap pelusuk muka bumi Allah. Islam dapat memayungi dua pertiga dunia dan sejarah telah membuktikannya.
Era kegemilangan Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW  lagi  dan berakhir pada zaman kerajaan Islam yang terakhir iaitu Turki Uthmaniyyah.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kejayaan kepada umat Islam yang terdahulu.
Antaranya seperti berikut :
A.) Kecekapan dan Kebijaksanaan Pemimpin
B.) Penguasaan Ilmu Pengetahuan
C.) Ekonomi yang Stabil
D.) Kekuatan Pertahanan Negara
E.) Hubungan Baik antara Pemimpin dan Rakyat
F.) Semangat Jihad yang tinggi

A.) Kecekapan dan Kebijaksanaan Pemimpin
Pemimpin mempunyai wawasan yang jelas dan cekap memerintah. Mereka sangat mementingkan cara mereka membahagikan masa untuk negara dan keluarga. Antara pemimpin Islam yang boleh dicontohi ialah Umar bin al-Khattab. Beliau telah membuka wilayah-wilayah yang baru seperti Mesir, Rom dan Parsi dan melantik panglima-panglima tentera yang berkebolehan mentadbir wilayah-wilayah baru tersebut. Begitulah ciri-ciri seorang pemimpin yang cekap dan bijaksana.

B.) Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Penguasaan ilmu pengetahuan sangat penting kerana tanpa ilmu sesebuah bangsa itu tidak mungkin akan maju.  Pada zaman kegemilangan Islam dahulu, tamadun barat berada di dalam zaman kegelapannya iaitu mereka tidak menguasa ilmu pengetahuan sehingga mereka terpaksa merujuk kepada umat Islam pada zaman itu.  Ilmu-ilmu dari dunia Islam inilah yang telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
Sebagai contohnya, Harun ar-Rashid, khalifah ke-5 dari Kerajaan Abbasiyyah sangat mencintai ilmu pengetahuan sehingga pada zaman pemerintahannya, kota Baghdad  menjadi salah satu kota ilmu pengetahuan dunia. Ini membuktikan betapa pentingnya ilmu pengetahuan.


C.) Ekonomi yang Stabil
Ekonomi yang stabil juga dapat memajukan sesebuah kerajaan sehingga menjadi sebuah tamadun yang hebat. Apabila ekonomi sudah stabil, maka mudahlah umat Islam untuk  menjalankan aktiviti perdagangan antara satu sama lain yang juga membawa kepada kemajuan umat Islam.
Sebagai contoh,  seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Abdul Rahman bin Auf, seorang badan koperat yang berjaya. Beliau telah berjaya memantapkan ekonomi orang Islam di Madinah  apabila ekonomi di Madinah pada masa itu dimonopolikan oleh orang Yahudi. Keadaan ini telah menyelamatkan umat Islam daripada ditindas dan dimanipulasikan  ekonomi mereka.

D.) Kekuatan Pertahanan Negara
Sesebuah  kerajaan itu mestilah mempunyai  ketenteraan yang kuat, sistem pertahanan negara yang mantap dan  tentera yang bersemangat tinggi dalam menyebarkan dakwah. Tanpa pertahanan negara yang kuat, sesebuah kerajaan itu boleh jatuh ke tangan musuh dan sekali gus melemahkan kerajaan tersebut.
Salahuddin al-Ayyubi, seorang panglima tentera dan juga seorang ketua negara telah memperkuatkan pasukan tenteranya sehingga boleh menawan kota Jerusalem dan sekali gus mengembalikan maruah umat Islam. Pernah satu ketika, apabila tentera-tentera Salib merancang menyerang kota Mekah dan Madinah, tentera-tentera Salib menyerang rombongan haji yang dalam perjalanan ke Mekah. Lalu Salahuddin al-Ayyubi memerintahkan tentera-tenteranya mengawal rombongan haji yang ingin ke Mekah dan berjaga-jaga di perbatasan negara Islam. Ini telah membuktikan umat Islam  mempunyai ketenteraan yang kuat.

E.) Hubungan Baik antara Pemimpin dan Rakyat
Pemimpin dan rakyat  mestilah saling tolong-menolong dalam melicinkan perjalanan pentadbiran negara. Tanpa hubungan baik pemimpin antara rakyat, mungkin sesebuah kerajaan itu tidak maju dan tidak dapat menandingi kerajaan lain. Sejarah Melayu ada berkata :

" Perumpamaan antara  pemimpin dan rakyat adalah seperti pohon pokok dan akarnya. Pemimpin adalah pohon pokok dan Rakyat adalah akarnya. Jadi tanpa akar, pohon pokok itu tidak mungkin akan bertahan lama. "
( Sejarah Melayu )

Jadi, setiap pemimpin mestilah sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya untuk kesejahteraan negara. Contohnya, kerajaan menyediakan keperluan asa seperti hospital dan pusat pendidikan. Ini akan menyebabkan rakyat menyokong penuh pihak kerajaan. Rakyat juga mestilah menunjuk sifat taat setia kepada pemimpin mereka.
Sebagai contoh, Umar bin Abdul Aziz. Beliau sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya sehingga beliau selalu keluar malam untuk memantau keadaan rakyatnya. Sehingga pernah suatu hari semasa beliau membahagikan buah epal, datang anak perempuan beliau lalu mengambil sebiji epal tersebut. Beliau segera menyambar semula epal  tersebut dan anak perempuan tersebut menangis lalu pulang ke rumah mengadu kepada bondanya. Selepas Umar bin Abdul Aziz pulang ke rumah, isteri beliau bertanya kepada beliau mengapa berbuat sedemikian kepada anak mereka. Lalu Umar bin Abdul Aziz menjawab, " Sebenarnya bukan aku tidak mahu bagi tetapi aku bimbang buah epal itu hak rakyat ".

Seorang pemimpin yang sangat takut kepada Allah SWT sanggup membiarkan dirinya serta keluarga kelaparan kerana bimbang akan amanah yang diberikan kepadanya tidak dilaksanakan dengan baik. Jadi apabila pemimpin dan rakyat bersatu-padu dan saling membantu antara satu sama lain, maka sesebuah kerajaan akan maju dan terus maju.

F.) Semangat Jihad yang Tinggi
Jihad bermaksud satu usaha yang dilakukan bersungguh-sungguh untuk mencapai satu matlamat.

Jadi, pemimpin dan rakyat bersungguh-sungguh membuktikan bahawa Islam sebagai penyelamat umat. Keadaan ini mendorong mereka untuk berjihad di medan perang bagi mempertahankan agama dan negara serta mempelopori ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan umat Islam.
Sebagai contoh, pada zaman Sultan Muhammad al-Fateh yang ingin menakluk kota Konstantinopel, beliau telah mengeluarkan panggilan jihad kepada rakyatnya. Maka rakyatnya menyatakan taat setia kepadanya dan akan bersiap-sedia untuk mempertahankan serta menginfakkan harta mereka ke jalan Allah. Mereka berjihad bersungguh-sungguh untuk menawan kota Konstantinopel dan akhirnya mereka dapat menawan kota tersebut.

Beginilah semangat jihad yang diperlukan di dalam  sesebuah kerajaan untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin. Jelaslah bahawa umat Islam yang terdahulu sangat hebat dan dapat membina sebuah tamadun yang hebat. Cerita di atas telah membuktikan bahawa umat Islam perlu bersatu padu dalam mengembalikan kegemilangan Islam seperti umat Islam yang terdahulu. Kita mestilah mengambil pelajaran daripada cerita di atas. Namun secara umunya, umat Islam perlu mahir dan pakar di dalam apa jua bidang yang diceburi seperti bidang dakwah, pendidikan, perkembangan teknologi, kejuruteraan, ketenteraan, perundangan, kewangan, sains politik dan lain-lain sebagai langkah untuk memiliki kembali era cemerlang seumpama  zaman kegemilangan Islam yang silam.

Bersatulah ! Untuk Mencipta Tamadun Yang Hebat !

DINASTI CHIN


KEPENTINGAN DINASTI CHIN KEPADA PERKEMBANGAN  TAMADUN CHINA.

 PENGENALAN
~Berasal dari negeri berperang(waring states),wujud antara tahun 221-206s.m.
~Terletak di Sg Wei.terletak di utara barat China yang diperintah oleh raja yang bernama Cheng-efficent, seorang yang ruthless, aggressive
~ Berpegang kepada ajaran legalisme.
                                             
  KEPENTINGAN POLITIK
~Dinasti ini telah berjaya membentuk pemerintahan bercorak politik dan ketenteraan. Pada masa itu Shang telah dilantik menjadi ketua menteri
~Kuasa keluarga bangsawan dikurangkan.(kemahiran ketenteraan sebagai syarat) wujudnya golongan aristokrat tentera baru,
~Kesemua wil.taklukan diletak bawah kerajaan pusat yg mengikut fahaman legalisme. Maharaja pegang kuasa mutlak manakala pembesar hanya sekadar brbncng,
~menghapuskan kuasa pembesar daerah dan dijadikan hak negara selain terdapat
   perlantikan pegawai kerajaan,
~Shih huang ti menyatukan seluruh wil.china dgn bantuan perdana menteri Li Ssu (han 223sm,chau228sm,wei225sm,chu223sm,yen222sm,chi221sm)telah membentuk empayar yang luas
~wilayah dibahagikan kpd 36 dan kemudian kpd 42 wilayah @kommenderi yang  
  dipecahkan kpd beberapa buah daerah@prefektur,
~setiap wilayah diletakkan 3org pegawai penting iaitu gabenor sivil(shou) menjaga hal ehwal awam, gabenor  tentera (chun wei) mjaga hal ehwal ketenteraan,pengawas (chien-yi-shih) wakil kerajaan pusat juga perisik maharaja,
~jabatan baru telah diwujudkan spt hal ehwal korban&agama,istana,keselamatan,kereta
  kuda,makanan,hal2 saudara mara raja dan hasil,
~tembok besar China dibina untuk tujuan menghalang musuh(Shung-nu). Menjadi tempat
   pertahanan sehingga dinasti berikutnya.

KEPENTINGAN EKONOMI
~menyeragamkan ukuran timbangan utk elak penipuan dan penindasan,
~penggunaan wang tembaga yang berbentuk bulat yang ditebuk lubang ditengahnya,
~wujudnya pengkhususan pengeluaran seperti sutera ,garam
~penduduk dikerah bekerja utk kepentingan petanian sesiapa yg banyak mengeluarkan hasil bijiran@sutera mereka dikecualikan drpd menjadi buruh paksa,
~penduduk yang malas akan menjadi hamba abdi yang produktif,
~terdapatnya cukai-cukai yg mula diperkenalkan.

KEPENTINGAN SOSIAL
~pembinaan tembok besar china yang diarahkan oleh jeneral MengTien telah melindungi
  keselamatan di sempadan China dan melindungi kws pertanian,
~menghapuskan sistem penghambaan dan tiada sistem feudal kerana kuasa keluarga
  bangsawan dikurangkan,
~golongan bangsawan tidak berdasarkan keturunan terbuka kpd semua lelaki yg ada kemahiran ketenteraan,
~undang2 tanah telah diwujudkan  pd 216 sm.petani ada hak memiliki tanah,
~sistem tulisan telah diseragamkan iaitu kaligrafi, kertas telah dicipta dari sutera & buluh,
~wujud rangkaian jalan 3 laluan yang lebih luas pd 220SM utk memudahkan perhubungan,
~ikut fahaman legalisme hukuman yg dilakukan akan diukur mengikut kesalahan.

KESIMPULAN
~dapat dilihat daripada pelbagai perspektif yang menunjukkan dinasti Chin membawa kepada kepentingan tamadun di China.
~terutamanya dari segi pembinaan tembok besar China yg menjadi sejarah keagungan hingga hari ini.
~akhirnya dinasti ini jatuh dan tewas dibawah dinasti Han.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...