Saturday 3 March 2012

Negara Terkaya Di Dunia. Negara Jiran Malaysia – Brunei, Singapura Tersenarai!!

 Inilah negara terkaya di dunia.Korang tau kat mane??

Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah. Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia : 

10 Kedudukan Negara terkaya di dunia:


1.QATAR


2.LUXEMBOURG


3.SINGAPORE


4.NORWAY


5.BRUNEI


6.UNITED ARAB EMIRATES


7.UNITED STATES


8.HONG KONG


9.SWITZERLAND


10.NETHERLAND

Kekayaan sesebuah negara itu difaktori oleh:
~>Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita dengan kuasa beli
~> Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK  digunakan oleh pakar ekonomi       ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi


::siape2 yang study pasal ekonomi sahaja yang mungkin akan lebih memahami ape itu KDNK::
Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura ....
::malaysia bile lagi???::

Bagaimana kedua-dua jiran negara Malaysia ini boleh tersenarai sebagai negara terkaya???



~> Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di dunia. Mereka lebih  bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.


~> Brunei ada minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.


~> Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 15 negara terkaya di dunia


Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.
Apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain adalah pengurusan pentadbiran dari segala aspek. Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri.


Harapan saya, jikalau Malaysia tidak tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah untuk mahu melihat 


@  Wang yang dibawa ke pasaraya contohnya untuk dibelanjakan bagi keperluan harian “sentiasa mencukupi”. Rakyat tidak perlu merungut dek kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak setimpal dengan harga barang yang terus melambung tinggi.
@  Seluruh rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mendapat keperluan asas yang mencukupi tidak kira duduk di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Mereka adalah rakyat Malaysia.












No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...