Monday 5 March 2012

Hak asasi manusia


ABSTRAK

Wujudnya konsep hak asasi manusia dapat dilihat sebagai suatu proses evolusi .Walaupun konsep hak asasi manusia dikatakan masih baru namun menurut Paine ,idea dan pemikiran berkenaan hak asasi manusia sudah dapat dikesan kewujudanya semenjak kewujudan manusia itu sendiri. Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan, beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan.

Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Istilah yang bersinonim, kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai maksud kepada bukan sahaja kebebasan bersuara secara percakapan verbal, tetapi juga tindakan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat atau idea, dengan tidak mengira medium yang digunakan.  Realitinya, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan, misalnya dalam konteks "kebencian". Ini disebabkan menggunakan kebebasan bersuara selalunya dalam konteks amalan yang saling bertentangan.Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR).

Kajian ini memberi tumpuan kepada hak asasi manusia dan undang-undang yang berkaitan dengannya.Pada tarikh yang pertama, negara menyaksikan tertubuhnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) iaitu satu pertubuhan yang ditunggu-tunggu bagi meningkatkan kesedaran rakyat negara ini perihal hak asasi. Usaha negara untuk menubuhkan institusi hak asasi manusia itu bermula dengan penyertaan aktif dalam Suruhanjaya Bangsa - Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) pada tahun 1993.

Penglibatan aktif Malaysia mewajarkan pertubuhan dunia itu memberi penghormatan kepada negara apabila Tan Sri Musa Hitam dilantik Pengerusi sesi ke-52 UNCHR pada tahun 1995, manakala keanggotaan Malaysia dalam suruhanjaya tersebut dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga (2001-2003). Rentetan daripada itu, timbul cadangan supaya suruhanjaya seperti itu ditubuhkan di peringkat domestik. Hasilnya Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597 diwartakan pada 9 Sep 1999. Mesyuarat sulung Suhakam dilangsungkan pada 24 April 2000.

PENAFSIRAN MODEN

Terdapat tiga dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966. Dalam kedua-dua kovenan antarabangsa tersebut, hak asasi manusia tidak terbatas kepada hak-hak berikut:

(1) Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang adalah hak sivil dan berpolitik

(2) Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta persekitaran yang selamat adalah Hak sosial, kebudayaan dan ekonomi.

Konsep kontrak sosial menggariskan hubungan antara masyarakat di mana setiap ahli melepaskan hak individu tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang bersifat kepentingan ramai. Pemikiran Rousseau ini telah menampakkan pengaruhnya dalam pemikiran hak asasi moden. Maka sepanjang pembentukan tamadun moden, imbangan antara hak individu dan hak ramai merupakan topik utama dalam perdebatan berkenaan hak asasi manusia.

PERBEZAAN MODEL KOGNITIF DALAM KONSEP HAK ASASI MANUSIA

Hak asasi manusia mula mendapat tempat di arena antarabangsa melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan negara-negara merdeka di dunia.
Kumpulan lain juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia. Komuniti Europah (European Community) misalnya telah mendeklarasikan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota Komuniti Eropah.

Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah.Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti.Setiap hak asasi manusia yang diterangkan dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu.Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.

Bagi tamudun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara.Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat yang lebih individualistik.Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu.

KEMAJUAN PERKEMBANGAN TAFSIRAN HAK ASASI MANUSIA.

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah dijadikan panduan untuk lebih banyak lagi piagam hak asasi manusia.Walau bagaimanapun, konsep hak asasi manusia telah lama wujud dalam tradisi dan dokumen yang lebih awal.UDHR sendiri telah digubal berdasarkan dokumen seperti English Magna Carta of 1215, US Bill of Rights of 1776, dan French Declaration of the Rights of Man and Citizens of 1789.

Sebelum undang-undang dan garis panduan tersebut didokumenkan, masyarakat dan agama telahpun mengiktiraf hak asasi manusia. Konsep hak asasi manusia boleh ditemui dalam pemikiran masyarakat feudal, perundangan Rome, falsafah Greek, Old Testament, dan juga dalam masyarakat primitif, walaupun mungkin mereka tidak mempunyai perbendaharaan kata atau perkataan yang secara langsung menggambarkan hak asasi manusia (Alan Gewirth, 1989). Kebanyakan masyarakat juga mempunyai tradisi yang mengatakan "Berbuatlah kepada orang lain sebagaimana anda mahu mereka berbuat kepada anda" dan juga mempunyai sistem hak dan tanggungjawab.

Hak asasi manusia sebenarnya menggambarkan toleransi dalam agama yang menjadi asas keamanan dan kemajuan.Agama secara amnya membincangkan persoalan mengenai kewajipan, hak dan tanggungjawab setiap manusia. Agama mengajar kita untuk menyayangi dan menghormati sesama sendiri dan mempertahankan kehormatan orang lain, yang merupakan asas hak asasi manusia. Contohnya, antara hak-hak yang diperuntukkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Oleh Majlis Islam Sedunia (Universal Islamic Declaration of Human Rights) yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah, dikumpul oleh cendiakawan Islam yang terkemuka, ialah Hak Untuk Hidup; Kebebasan; Kesamarataan dan Larangan Terhadap Diskriminasi Yang Tidak Diizinkan; Keadilan; Perbicaraan Yang Adil; Perlindungan Daripada Penyalahgunaan Kuasa; Perlindungan Daripada Penyeksaan; Perlindungan Kemuliaan dan Reputasi; Pelarian; Kumpulan Terpinggir; dan lain-lain.

TEORI-TEORI HAK ASASI MANUSIA

1) Teori Moral Hak Asasi Manusia

Adalah jelas ,hak asasi manusia adalah asas utama dalam moral semula jadi masyarakat .Perspektif ini boleh difinisikan sebagai moral theory of human right atau teory Moral Hak Asasi Manusia kerana tuntutan manusia adalah berdasarkan hak asasi yang berada dalam persekitaran moral .

Berdasarkan teori klasik ini, manusia berhak mendapat keuntungan atau kebaikan iaitu keperluan moral mereka yang berharga sebagai seorang manusia.Ini kerana hak asasi manusia adalah asas dalam membentuk maruah dan martabat manusia ianya kekal bersifat sejagat yang boleh digunakan kepada semua individu dimana tidak mengambil kira bangsa jantina dan umur etnik ataupun kewarganegaraan.
Disebabkan hak asasi ini unik dalam konteks moral semulajadi manusia maka iawujud secara bebas dari dalam komuniti masyarakat dan negara dimana manusia boleh tinggal secara bebas di dalamnya. Jadi, hak asasi manusia adalah mengatasi undang-undang yang diperolehi daripada keadaan semulajadi mereka yang sah atau moral sahih, tidak daripada perlembagaan atau peruntukan undang-undang atau tindakan tertentu yang dilakukan oleh negara dan organisasi antarabangsa .

2) Teori Keadilan Sosial Hak Asasi Manusia

Charles Beitz yang membangunkan teori keadilan sosial Hak Asasi manusia yang membuktikan hak dalam terma pembahagian keadilan berbanding moral semula jadi manusia. Berdasarkan teori ini, hak asasi manusia adalah hak-hak yang berasaskan norma keadilan sosial yang menjamin kebaikan manusia.
Charles Beitz mendakwa oleh kerana doktrin klasik hak semula jadi membatasi hak keselamatan perseorangan dan kegagalan mengambil kira tuntutan sosioekonomi dan model keadilan sosial menyediakan kedudukan yang lebih menyeluruh kepada hak asasi manusia .Walau bagaimanapun, dalam model Charles Beitz ada batasanya.

3) Teori Hak Asasi Manusia yang Tersusun

Pendekatan ketiga dipanggil juga Teori hak asasi Manusia yang tersusun yang mana menentukan dasar hak asasi yang semestinya bagi kebaikan manusia. Menurut Henry Shue penyokong teori ini mengatakan kehidupan manusia untuk hidup tanpa hak asasi yang layak diamalkan dengan baik adalah mustahil dicapai . Shue juga mengatakan terdapat tiga jenis hak asasi manusia iaitu keselamatan kebebasan dan kehidupan . Hak-hak asasi ini tidak mengambarkan senarai yang lengkap asas hak asasi manusia malah bukanlah yang paling dikehendaki berbanding hak-hak yang lain tiga hak berupa keperluan kolektif yang dapat memenuhi keperluan hak-hak yang dikehendaki oleh manusia .

4) Teori Saintifik Ssial Hak Asasi Manusia

Pendekatan keempat ialah teori sainstifik Sosial hak Asasi manusia ,keperluan bagi membuktikan hak asasi manusia diatas persetujuan yang merentassi budaya . disebebkan darjah ketinggian kepada plularismi budaya dalam dunia kontemporari dan oleh kerana perubahan yang berterusan daripada segi adat dan nilai dalam masyarakat yang berbeza bagi menjumpai sesuatu persetujuan peringkat tertinggi berkenaan hak asasi manusia adalah jelas sekali sukar diperolehi.Perjanjian antarabangsa yang penting sekali wujud pendekatan yang digunakan masih tidak dapat menekankan pandangan yang baik dan menarik berkenaan hak asasi manusia .Ini kerana tuntutan moral tidak dapat disimpulkan daripada fakta emperikal .

Kesimpulannya walaupun para sarjana masih berbeza pandangan daripada segi pengertian dan kewajaran dan hak asasi manusia ,terhadapnya persetujuan politik yang meluas yang menyokong tuntutan hak hak dilihat sebagai absah dan menyediakan tapak dalam meneruskan tuntutan dalam negara dan masyarakat antarabangsa itu sendiri .
Sebelum menyelidiki penerimaan meluas prnsip-prinsip pandangan antara bangsa dan konvensyen -konvensyan hak asasi manusia jelas didapati doktrin kesejagatan hak asasi manusia bagi masyarakat global adalah bentuk pluralisme budaya.Inilah yang akhirnya membentuk perdebatan antara dua golongan penyokong hak asasi manusia iaitu universalis melawan relativis.

 POLARASI HUBUNGAN DALAM KONSEP HAK ASASI MANUSIA

Kemuncak perjuangan kemanusiaan itu telah menghasilkan perubahan yang sangat luas dan menyeluruh pada pertengahan abad ke-20 dengan munculnya gelombang ketuanan sendiri di seluruh dunia dan menyaksikan terbentuknya negara-negara baru yang merdeka dan berdaulat di seluruh dunia.

Sejarah manusia telah memasuki abad ke-21.Menjelang berakhirnya abad ke-20, kita telah menyaksikan berbagai pergolakan yang terjadi di mana-mana yang secara dasarnya boleh membawa kepada ketidakadilan serta ketidakbebasan seperti yang pernah dialami oleh manusia pada era kolonial.

Hubungan kekuasaan antara negara dan aliran perjuangan di zaman dulu dan sekarang mengalami perubahan dari segi struktur. Dulu, hubungan antarabangsa dimainkan oleh kerajaan dan rakyat yang terbahagi kepada hubungan Kerajaan dengan Kerajaan,dan Rakyat dengan Rakyat. Sekarang, pola hubungan itu berubah menjadi bervariasi, seperti Kerajaan dengan Rakyat dan sebagainya.Ini adalah bergantung kepada samada kekuatan terletak pada institusi kerajaan atau kekuatan perseorangan rakyat biasa. Bahkan suatu pemerintahan negara lain dapat bertindak untuk melindungi warganegara dari negara lain atas nama perlindungan hak asasi manusia (suaka politik).

Prosedur hak asasi manusia boleh dikaitkan dengan persoalan-persoalan:
1. Kekuasaan dalam hubungan antara negara yang dewasa ini dapat dikatakan sangat tidak adil, dan cenderung hanya menguntungkan negara-negara maju ataupun negara-negara yang menguasai dan mendominasi proses-proses pengambilan keputusan dalam berbagai forum dan badan-badan internasional, baik yang menyangkut kepentingan-kepentingan politik maupun kepentingan-kepentingan ekonomi dan kebudayaan.
2. Kekuasaan yang tidak demokratis di kalangan negara-negara yang menerapkan sistem otoritarianisme yang hanya menguntungkan segelintir kelas penduduk yang berkuasa ataupun kelas penduduk yang menguasai sumber-sumber ekonomi.
3. Hubungan kekuasaan yang tidak seimbang antara pemodal dengan pekerja dan antara pemodal dengan pengguna dalam bidang perindustrian.

HAK ASASI MANUSIA DAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA.

Hak asasi manusia secara jelasnya diwartakan dalam undang-undang antarabangsa.Ia diwujudkan untuk memenuhi piagam PBB itu sendiri iatu hak asasi manusia adalah milik semua dan tiada pengecualian. Semua manusia secara azalinya dilahirkan dengan hak asasi dan ia bukan keistimewaan untuk golongan tertentu sahaja. Sebagai lanjutan kepada 'International Bill Of Right' yang diwujudkan lebih awal,diwujudkan pula Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia yang memberikan garis panduan berkenaan dengan Hak Asasi Manusia. Berkenaan isu semasa iaitu "Agenda Global", Charles Norchiu menekankan bahawa pengisytiharan sejagat mewakili sempadan persetujuan berkenaan hak asasi tanpa terikat dengan budaya dan tradisi.

Hak asasi sejagat seterusnya dikukuhkan lagi denagan dua konvenan antarabangsa iaitu "International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, and International Covenant on Civil and Political Rights" yang mengambil berat berkenaan dengan pencabulan hak asasi manusia seperti pembunuhan etnik, diskriminasi perkauman, diskriminasi wanita, hak kanak-kanak dan golongan minoriti, toleransi beragama. Malah banyak lagi yang diwartakan tetapi yang paling popular dan menjadi garis panduan umum ialah Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi manusia.

Pelanggaran kepada mana-mana perkara ini sebenarnya boleh diujuk kepada Mahkamah Keadilan antarabangsa(ICJ). Tetapi secara teknikalnya banyak kes pelanggaran hak asasi manusia tidak dapat diheret ke mahkamah ini atas banyak sebab. Contohnya penjajahan Amerika terhadap Iraq yang jelas mencabul hak asasi rakyat iraq dalam penentuan sendiri kepimpinan negara tidak dapat dicegah oleh undang-undang antatarabangsa. Inikah yang diharapkan dari perwartaan keadilan?

HAK INDIVIDU

Hak individu ini seperti hak hidup, makan, minum, pakai, milik, belajar, bersuara, rawatan, bekerja, warganegara dan sebagainya.Tetapi apabila bertembung antara hak individu dengan hak masyarakat, maka hak masyarakat mestilah didahulukan selagi tidak melanggar hak individu yang lebih besar.Contoh, hak individu ialah memiliki tanah manakala hak masyarakat ialah memiliki bersama jalan untuk kemudahan awam.Sewaktu berlaku pertembungan antara dua hak ini, maka hak masyarakat mestilah diutamakan tetapi tidak melebihi keperluan asasi hak individu iaitu hak memiliki tanah sebagai tapak tempat tinggalnya.

Ketika ini, pihak berkuasa bertanggungjawab mencari ganti tapak yang diperlukan bagi individu yang terpaksa berkorban demi hak umum atau hak masyarakat itu. Dalam masyarakat barat, hak individu ini lebih besar daripada hak umum, sehinggakan seseorang boleh bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dalam bandar yang terdiri pelbagai jenis manusia dan tahap umur. Hal ini sudah menceroboh hak umum iaitu ketenteraman jiwa tanpa gangguan emosi yang terhasil daripada mempamerkan tubuh yang merangsang hormon seksual itu.Dalam Islam, penutupan aurat (samada lelaki atau perempuan) adalah wajib/ fardhu yang mendatangkan pahala apabila dilaksanakannya dengan ikhlas dan berdosa apabila diabaikan dengan sengaja.

Di Eropah dan Barat, mereka mengutamakan hak individu. Bagi mereka, setiap individu berhak melakukan sesuatu perkara yang diinginkannya, selagi perkara itu tidak mengganggu privasi orang lain.

Lantaran itu, atas "tiket" hak individu, muncul pelbagai kontroversi yang mencabar nilai sosial masyarakat di sana. Antara hak individu yang mencetuskan kontroversi adalah membenarkan perkahwinan sejenis dalam kelompok gay dan lesbian, begitu juga hak mereka untuk mempunyai anak dengan pasangan masing-masing walaupun tidak berkahwin.

Jadi, bukan suatu yang memeranjatkan apabila ada artis Barat mengisytiharkan diri mereka gay atau lesbian. Misalnya, penyanyi legenda Britain, Sir Elton John secara terbuka mengaku dirinya seorang gay, manakala pelakon wanita Hollywood, Angelina Jolie pula mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan "teman wanitanya."

 HAK RAMAI

Suatu keutamaan yang mesti kita berikan perhatian ialah kewajiban yang berkaitan dengan hak orang ramai yang harus kita dahulukan atas kewajiban yang berkaitan dengan individu. Sesungguhnya seorang individu tidak akan dapat mempertahankan dirinya tanpa orang ramai, dan dia juga tidak dapat hidup sendirian, karana sesungguhnya manusia adalah makhluk yang memiliki kecenderungan untuk bermasyarakat; seperti yang dikatakan oleh para ilmuwan Muslim .

Manusia adalah makhluk sosial sebagaimana dikatakan oleh ilmuwan moden. Seseorang akan sedikit nilainya kalau dia sendirian, dan akan banyak nilainya kalau dia bersama sama orang ramai.Bahkan dianggap tiada ketika dia sendirian,dan dianggap ada ketika dia dengan kumpulannya. Atas dasar itu, kewajiban yang berkaitan dengan hak orang ramai atau umat harus lebih diutamakan daripada kewajiban yang berkaitan dengan hak individu. Hak ramai antaranya hak jiran tetangga,hak rakan, ketenteraman awam, kesihatan awam , Hak berhimpun secara aman dan hak berpesatuan yang merupakan hak ramai .

KESEIMBANGAN ANTARA HAK DAN TANGGUNGJAWAB

Syariat Islam telah menyusun atur masyarakat secara yang seimbang atau berimbang.Hak yang dinikmati oleh seseorang adalah imbalan kepada perlaksanaan tanggungjawab yang disempurnakannya. Seandainya ada segolongan anggota masyarakat Islam yang mengadu kerana kezaliman yang telah menghakis hak mereka, maka itu adalah kesan daripada pengabaian segolongan yang lain dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sepertimana yang telah diwajibkan oleh Allah.Kewajiban tersebut ialah untuk menegakkan keadilan Ilahi di maya pada ini. Manakala matlamatnya telah diungkapkan sendiri oleh Allah melalui firmannya dalam surah Ar-Rahman ayat 7 hingga 9)"Dan langit dijadikannya (berbumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang- undang dan peraturan neraca keadilan.supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan.Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang."

Perlaksanaan amali terhadap tuntutan ayat ini dihuraikan oleh hadis Rasulullah, nabi yang amanah dan maha guru agung manusia:"Setiap orang daripada kamu adalah pengelola. Ia bertanggungjawab terhadap orang di bawah kelolaannya. Pemimpin negara pengelola dan bertanggungjawab terhadap (rakyat) di bawah kelolaannya.Suami pengelola keluarga.Dia bertanggungjawab mengelola keluarganya.Isteri juga pengelola di rumah suaminya.Ia bertanggungjawab terhadap apa yang di bawah kelolaannya. Pembantu rumah juga pengelola terhadap barangan rumah majikannya.Ia bertanggungjawab terhadap apa yang di bawah kelolaannya. Setiap kamu (sebenarnya) adalah pengelola dan bertanggungjawab terhadap apa yang di bawah kelolaannya."Hadis di atas mengungkapkan kebijaksanaan mengurus di mana setiap orang dibekalkan dengan rasa tanggungjawab yang boleh melicinkan perlaksanaan tugas masing-masing.Hadis ini mengutarakan konsep atau teori sektor berjinjang.Ketetapan bermula daripada unit yang paling kecil dalam negara iaitu keluarga sehinggalah kepada unit yang paling besar iaitu pemerintah negara.

Berdasarkan rentetan tanggungjawab seperti dalam penjelasan Ar-Rasul di atas, maka setiap orang dalam negara Islam mempunyai dua peranan; sebagai pengelola atau pelaksana dan dalam masa yang sama dia juga merupakan anak buah, iaitu atas tanggungjawab orang lain pula.

Demikianlah perbincangan mengenai hak manusia yang merupakan suatu tema yang sulit dan sukar, justeru hak-hak itu merupakan sendi keseluruhan binaan syariat.Akar tunjangnya kukuh terpacak di bumi manakala pucuk dan cabangnya menggapai awan.

Memang tidak mudah hal seperti ini dapat digarap oleh sebarang manusia biasa; justeru syariat Islam adalah syariat unggul yang mengatasi segala sistem perundangan lain. Syariat Islam merangkumi kepentingan manusia di dunia dan akhirat.Ia menyusun atur masalah sekecil-kecilnya dalam lingkaran keluarga dan individu hinggalah kepada masalah yang lebih besar seperti masalah negara dan dunia amnya.

Perjuangan untuk memantapkan perakuan dan penghayatan terhadap hak asasi manusia adalah suatu perjuangan yang sukar dan memerlukan masa yang panjang.Ia memerlukan sistem pendidikan yang menekankan aspek ini. Ia juga perlu ditunjangi oleh kesedaran keagamaan yang tinggi dan rasa khasyah atau takwa yang mendalam terhadap Allah sebagai pencipta.

Ketiadaan tarbiah dan pendidikan dalam kumpulan masyarakat atau pemimpin atau parti yang berfahaman kebangsaan merupakan virus dan kuman yang membiakkan sifat ganas, undemocratic dan anti-kemanusiaan. Sebab itu usaha memperkasa kefahaman dan penghayatan agama melalui alat sebaran am, pendidikan dan sebagainya adalah suatu kemestian dan kewajipan demi mengelakkan perbuatan ganas oleh pihak penguasa dan juga rakyat.

 ARTIKEL MENGENAI HAK ASASI MANUSIA MENURUT PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen perundangan utama Malaysia yang mana telah didrafkan pada 1955 oleh sesbuah Jawatankuasa kerja yang dianggotai oleh perwakilan British, penasihat-penasihat Majlis Raja-raja dan ketua-ketua ahli politik. Draf itu kemudiannya telah dihalusi oleh Suruhajaya Reid yang membawa kepada kemerdekaanPersekutuanTanahMelayu.Hak asasi manusia telah disenaraikan di dalam Bahagian II Perlembagaan Malaysia dan mempunyai sembilan fasal. Antaranya adalah

Artikel 1 Hak untuk kebebasan dan sama rata dari segi maruah dan hak
Artikel 2 Bebas daripada diskriminasi
Artikel 3 Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin
Artikel 4 Bebas daripada diperhambakan
Artikel 5 Bebas daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan.
Artikel 6 Hak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang insan di sisi undang-undang.
Artikel 7 Hak untuk pertimbangan sama rata di sisi undang-undang
Artikel 8 Hak untuk menuntut keadilan di mahkamah
Artikel 9 Bebas daripada ditangkap atau dipenjarakan tanpa sebab
Artikel 10 Hak perbicaraan mahkamah yang adil dan terbuka
Artikel 11 Hak dianggap tidak bersalah sehingga dibukti salah
Artikel 12 Bebas daripada diganggu kediaman, keluarga dan surat-menyurat
Artikel 13 Hak bebas bergerak dan bermastautin di dalam negara sendiri
Artikel 14 Hak mendapat perlindungan untuk pelarian
Artikel 15 Hak menjadi rakyat dalam sesebuah negara
Artikel 16 Hak untuk berkahwin dan perlindungan untuk keluarga
Artikel 17 Hak memiliki harta
Artikel 18 Kebebasan kepercayaan dan agama
Artikel 19 Kebebasan pendapat dan informasi
Artikel 20 Hak berhimpun secara aman dan persatuan
Artikel 21 Hak mengambil bahagian dalam kerajaan, mengundi dan menggunakan Kemudahan awam
Artikel 22 Hak keselamatan sosial
Artikel 23 Hak untuk bekerja dan mendapat upah yang setimpal
Artikel 24 Hak berehat dan bercuti
Artikel 25 Hak untuk taraf hidup yang sempurna untuk kesihatan dan keselesaan
Artikel 26 Hak mendapat pendidikan
Artikel 27 Hak mengambil bahagian didalam kehidupan bermasyarakat
Artikel 28 Hak untuk order sosial yang menjamin hak asasi manusia
Artikel 29 Bertanggungjawab terhadap masyarakat dalam perkembangan individu
Artikel 30 Kebebasan daripada campurtangan mana-mana pihak yang boleh memusnahkan hak dan kebebasan yang tersenarai .

Berdasarkan dari senarai di atas, dapat kita sebutkan, secara dasarnya Perlembagaan Persekutuan menyebut mengenai hak asasi manusia dan menjadi rujukan utama kepada hak asasi manusia di Malaysia.Dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan perlanggaran atau penafian hak-hak ini, dokumen asas perlembagaan negara inilah yang acapkal digunakan oleh pengamal-pengamal undang-undang. Keadaan ini seolah-olah negara kita terikat kepada hanya satu dokumen dan menolak tepi dokumen-dokumen antarabangsa yang lain, sedangkan Malaysia merupakan sebuah negara ahli dan menerima pakai dokumen seperti Perisytiharan Universal Hak Asasi Manusia, Konvensyen Anti Diskriminasi terhadap Pendidikan, Konvensyen Hak Kanak-kanak mahupun Konvensyen Penghapusan Diskriminasi terhadap Wanita. (Prof Aziz Bari)

Kewujudan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dilihat sebagai institusi penting dalam mempromosikan pendidikan hak asasi manusia kepada rakyat Malaysia.Badan itu juga perlu lebih proaktif dalam menjalankan program pendidikan hak asasi manusia supaya rakyat, terutamanya masyarakat di luar bandar dapat memahami hak-hak mereka.

KAJIAN KES-KES BERKAITAN HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA

Dengan memantau kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah Malaysia, kita dapat mengkaji pendekatan kehakiman terhadap imbangan antara hak ramai dan hak individu.

(a) Dalam kes Tunjuk perasaan di lebuhraya Kesas pada November 2000, penganjur Parti Pembangkang (PR) telah merancang mengadakan perhimpunan yang dijangka akan dihadiri sehingga 100.000 orang di tanah persendirian dan bukannya di kawasan awam dan dengan demikian tidak memerlukan permit polis .Walau bagaimanapun sejak awal-awal lagi polis telah memaklumkan tanpa permit perhimpunan tersebut adalah haram ,walau bagaimanapun demonrasi oleh golongan penduduk tempatan menentang perhimpunan yang akan diadakan itu dibenarkan polis tanpa membuat permohonan atau mendapat permit polis . Sebelum perhimpunan itu diadakan polis telah merancang bagi menghalang dan menguasai sepenuhnya termasuk menghalang orang ramai daripada sampai ke tempat perhimpunan dengan mebuat sekatan jalanraya .Pada hari perhimpunan tersebut beratas-ratus kereta yang cuba masuk terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di lebuhraya Kesas dan terpaksa meletakan kereta mereka ditepi jalan pada hari tersebut polis telah menyenbur air dan gas pemedih masa mengunakan hos untuk menyuraikan orang ramai semasa mereka cuba bergerak .Seramai 122 orang telah ditangkap dan mereka yang cedera tidak diberikan rawatan sehingga keesokan harinya dan direman selama 5 hari . Menurut pemerhati mendapati berhubung kebebasan berhimpun pihak polis wajar memberi kebebasan berhimpun, ekoran daripada itu dalam laporan siasatan Kesas 2001 Suhakam telah membuat beberapa cadangan antaranya

i) undang-undang berkaitan denganperhimpunan hendaklah dilaksanakan dengan saksama dan tiada diskriminasi ;
ii) Kaedah penyuraian orang ramai oleh PDRM perlu dikaji semula dan polis diminta mengawal diri semasa bertindak ;
iii) Orang ramai diberi masa secukupnya untuk bersurai dan bukanya dikejar dan atau dipukul dizalimi dan dilayan dengan tidak keperikemanusiaan dan rawatan perubatan perlu diberi segera .

(b) Dalam insiden yang lain pada feb 2004, seramai lebih kurang 60 orang termasuk wakil dari 46 NGO dalam parti politik telah berhimpun secara aman di hadapan pintu masuk pejabat Polis Bukit aman untuk menghantar memorandum berkenaan penyalahgunaan kuasa oleh polis hanya tiga orang wakil sahaja dibenarkan masuk dalam bangunan semasa menghantar memorandum tersebut sedangkan pihak penganjur telah meminta untuk menghantar sekurang-kurangnya 10 orang untuk masuk bagi membincangkan isu -isu yang akan dibangkitkan. Pegawai polis tidak mengendahkan permintaan ini dan mengarahkan supaya mereka bersurai , tanpa didengari oleh kebanyakan mereka dalam masa 3 minit trak penyembur air telah menyembur air yang dicampur dengan bahan kimia kearah orang ramai, semasa peserta melarikan diri dan terjatuh seramai 17 orang telah ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin.

(c) Dalam satu kes yang lain, kes Hajjah Halimatussadiah, mahkamah memutuskan hak seorang kakitangan awam untuk memakai purdah adalah tertakhluk kepada perintah perkhidmatan awam. Dengan ini, hak ramai mengatasi hak individu seorang untuk memilih cara berpakaian demi alasan untuk mengekalkan disiplin di perkhidmatan awam.Menurut keputusan kes Susie Teoh dan kes Hajjah Halimatussadiah, adalah jelas terdapat kecenderungan untuk memberi tempat yang lebih utama kepada hak ramai daripada hak individu.

(d) Dalam kes Re Susie Teoh, Hakim Mahkamah Tinggi YA Abdul Malek, memutuskan bahawa seorang bapa tidak mempunyai kuasa di bawah Akta Penjagaan Anak 1961 untuk memilih agama bagi anaknya. Anaknya mempunyai hak di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih agamanya sendiri.Ringkasnya, seseorang bukan Islam yang berumur di bawah umur 18 tahun boleh menentukan agamanya sendiri dan tidak tertakluk kepada kehendak penjaganya.Tetapi, keputusan ini dibalikkan di Mahkamah Agung.Di Mahkamah Agung telah diputuskan di bawah semua keadaan, demi kepentingan negara yang lebih utama (in the wider interests of the nation), seseorang minorit.tidak mempunyai hak automatik untuk menerima ajaran berkaitan sesuatu agama tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaganya. Dalam keputusan ini, kepentingan ramai mengatasi hak seorang kanak-kanak untuk memilih agamanya yang dijamin di bawah Perkara 11

1 comment:

Anonymous said...

kenapa tulisan kebanyakkannya berwana putih??....im sorry but it look like white only..and ican see or read correctly..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...