Saturday 7 April 2012

ZAMAN KLASIK CHINA

China pada Zaman Klasik: Zaman Keemasan Pemikir China

Perkembangan ekonomi dan kebudayaan pada zaman Chou Timur

Kerajaan awal Chou telah lenyap pada 771 sebelum masihi akibat daripada serangan orang gasar dan pemberontak China ke atas ibu negeri Chou. Selepas itu, kerajaan China mula bertapak di Loyang yang menjadi ibu negeri kedua kepada kerajaan awal Chou. Lokasi yang terletak di Honan dikatakan lebih selamat daripada serangan orang gasar berbanding dengan ibu kota yang lama iaitu di Lembah Wei.
Pengiraan waktu menggunakan dinasti dan masa. Sebelum 771 sebelum masihi, China dikenali sebagai Chou Barat kerana lokasi ibu kota manakala selepas tahun berkenaan China dikenali sebagai Chou Timur. Mereka menggunakan sistem dinasti sebagai unit terbesar dalam pengiraan waktu bersejarah dan di dalam unit-unit tersebut mereka telah memecahkan kepada bahagian-bahagian kecil seperti Chou Barat dan Chou Timur. Chou Timur mempunyai peringkat perkembangan yang menarik dalam sejarah China. Memang terdapat penambahan dalam sejarah, tetapi ia dianggap sebagai hasil seni untuk menarik minat pendengar. Yang terpenting ialah zaman itu merupakan zaman perkembangan yang dinamik, ledakan tenaga dan kreativiti sangat meluaskan, tidak selari dengan sejarah China yang lain.                                                                 

Pembangunan teknologi dan budaya.

Pada abad kelapan sebelum masihi China masih ketinggalan jauh dibelakang negara-negara Barat. Namun pada abad ketiga dilihat  teknologi China telah seiring dengan negara-negara bertamadun yang lain. Besi telah diperkenalkan  semasa abad keenam dan telah menjadi barang umum sebelum abad itu berakhir. Bukan sahaja senjata malah revolusi pertanian telah berlaku di China Selatan. Kawasan pertanian telah berkembang seiring dengan pengairan yang berlaku secara besar-besaran. Pelbagai usaha dilakukan seperti pembinanaan pengangkutan terusan, berdasarkan perkembangan unit ekonomi dan peningkatan untuk mengangkut keperluan dalam kuantiti yang besar seperti gandum dan barangan lain ke kawasan yang lebih jauh. Pada abad ketiga sebelum masihi, orang-orang di China telah menjadi orang yang terbanyak sekali di seluruh dunia sehingga kini. Perkembangan populasi menyebabkan perkembangan dalam perdagangan dan kekayaan. Perkembangan ini telah menyebabkan bandar berkembang menjadi pusat komersial. Kemudian tembaga pula diperkenalkan sebagai duit syiling sehingga zaman akhir Chou dan menjadi syiling China sehingga hujung abad kesembilan belas. Akhir zaman Chou juga memperlihatkan karakter lain dalam tamadun China seperti penggunaan chopstick yang menjadi identiti orang China sehingga kini.

Pengaruh menunggang kuda. 

        Perkembangan menunggang kuda di barat dan tengah Eurasia telah memberikan kesan kepada tamadun China. Perkembangan ini memberikan kemudahan dari segi komunikasi antara pertanian di barat dan timur Asia. Penggunaan kuda telah menjadikan orang di utara China, tentera yang sangat hebat daripada sebelumnya. Semasa berlakunya konflik di utara China ketika itulah China mula menggunakan kuda sebagai alat tunggangan. Tentera berkuda adalah pertama sekali diperkenalkan dan kemudian diikuti dengan kereta berkuda roda dua dalam ketenteraan di China. Penunggangan kuda juga sebagai alat komunikasi yang terpantas dalam keadaan China yang sedang melalui proses pemusatan politik. Selain itu, penggunaan kuda telah membawa kepada pemakaian seluar dikalangan wanita mahupun lelaki. 

Perkembangan unit politik dan budaya. 

      Terdapat lebih kurang 10 kerajaan pada abad kelapan telah mengembangkan takluk jajahan mereka. Namun kemudiannya kerajaan-kerajaan ini mengalami kejatuhan. Salah satu sebab kejatuhan ialah lokasi sesuatu kerajaan kawasan berhampiran antara satu sama lain, talah membataskan proses perluasan kuasa berbanding dengan negeri yang berada di sempadan kebudayaan China. Selain itu amalan perhambaan yang diamalkan di China. Inovasi dalam politik, ketenteraan dan ekonomi datangnya dari negeri sempadan yang telah berubah menjadi lebih maju.
    Negeri Ch’i. negeri ini berkembang dari negeri yang terletak di sempadan. Lokasinya terletak di hujung timur, utara China telah mendapat peluang untuk berkembang melalui penggabungan dengan orang gasar di Shantung. Pada abad ke tujuh dan enam sebelum masihi kawasan taklukan mereka telah meningkat. Pada masa yang sama Chi’ sedang mula untuk memodenkan stuktur kerajaan mereka. Antara tokoh yang terkenal dalam menyumbang kepada pemodenan kerajaan Chi’ ialah Duke Huan dan pembantunya Kuan Chung ketika di pertengahan abad ketujuh. Pemodenan politik bermaksud pemusatan. Kerajaan Chi’ telah membahagikan populasi mengikut unit geografi dan fungsi yang telah dikawal oleh kerajaan pusat. Kerajaan juga mengawal cukai, ketenteraan dan ekonomi, malahan kerajaan Chi’ mempunyai polisi ekonomi yang mengawal harga, ukuran dan berat dan menggalakkan perdagangan. Selain itu, kerajaan Chi’ juga telah memonopoli pengeluaran garam dan besi yang telah menjadi sumber ekonomi terbesar bagi kerajaan pusat China. Pemusatan kuasa di kawal oleh undang-undang bertulis dan pentadbiran dilakukan secara birokrasi.  
Negara sempadan yang lain. 

    Antara negara sempadan yang muncul ialah Ch’in. Kerajaan Ch’in muncul di lembah Wei selepas kejatuhan Chou dan telah menjadi kuasa besar di barat. Namun Ch’in telah berpecah kepada 3 bahagian iaitu Han di barat Honan, Wei di selatan Shansi dan Chou di utara Shansi. Selain itu, di selatan Manchuria muncul negara bernama Yen yang merupakan orang gasar asli yang mengaggap mereka keturunan Chou. Daripada situ muncul nama Peking. Muncul beberapa kerajaan seperti Chu’ di Yangtze iaitu Sg Han, abad kelapan, Permulaan memanggil raja dengan gelaran ‘Wang’. Selain itu terdapat 2 buah kerajaan iaitu Wu dan Yueh. Yueh tersebar sehingga ke Vietnam.

Usaha untuk politik yang stabil

    Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menstabilkan keadaan politik dan mengurangkan peperangan. Antaranya ialah persidangan antara negeri sama ada dua hala atau banyak hala secara kerap, perbincangan mengenai gencatan senjata dan perikatan di bentuk. Selain itu, perkahwinan antara putera negeri sangat penting dalam memperkuatkan perikatan manakala orang tebusan digunakan secara meluas bagi memastikan kesetian negeri jajahan. Sistem hegemoni yang diamalkan hanya bertahan dalam masa yang singkat bergantung kepada sesisapa yang dapat menstabilkan dirinya sebagai penguasa. Namun semasa abad keenam sebelum masihi berlaku kestabilan politik melalui keseimbangan kuasa antara Ch’in utara dan Ch’u di selatan.

Zaman Falsafah dan Klasik China

        Walaupun pada ketika ini berlaku ketidakstabilan politik namun ini juga zaman di mana kemunculan ahli pemikir di China. Pada ketika ini ahli pemikir dan ahli falsafah China lebih berminat sosial dan politik. Ahli falsafah China memunyai perbezaan dengan pemikir di Eropah yang mementingkan kepada individu tetapi ahli falsafah China mementingkan peranan seseorang dalam masyarakatnya. Peranan yang dimainkan oleh ahli falsafah China telah menyumbang kepada kemanusiaan dan kecenderungan dunia ketika waktu itu. Ahli falsafah merupakan ahli politik yang praktikal dan mempunyai pengikut malah mereka juga dijadikan guru. Setiap pengikut daripada pemikir- pemikir ini telah membentuk sekolah falsafah seterusnya falsafah ini berkembang ke seluruh China.

Klasik China 

        Pada orang China ‘klasik’ bukan sekadar kesusasteraan lama namun ia telah dibukukan mengikut konsep Konficius. Kebanyakan lagu disenaraikan selepas zaman Chou dan selalunya mengandungi karya daripada pelbagai zama, namun buku‘ Five Classics’ adalah karya yang paling lama dan di hormati semasa abad kedua sebelum masihi.
‘The Five Classics’ juga dikenali sebagai Shih Ching atau Lagu Klasik yang juga dikenali sebagai ‘buku puisi’.’ Ching’ secara sastera bermaksud ‘melengkung’ atau ‘bengkok’ merupakan satu tempoh grafik untuk sastera klasik yang telah membantu untuk membentuk corak dan batasan pemikiran orang China. Buku Lagu Klasik mengandungi 305 buah lagu yang dikumpul pada abad kesepuluh hingga abad ketujuh sebelum masihi. Semua cirri-ciri seperti bentuk yang ditetapkan, irama dan rima sesebuah sajak dicipta bukan sekadar sebagai mitos tetapi telah dihasilkan oleh ahli sastera yang sofistikated.  Puisi merupakan salah satu proses pembudayaan yang penting di China walaupun pada zaman awal. Kebolehan untuk mencipta puisi sehingga dikenali sebagai orang yang berpengaruh di Asia Timur.   
Buku kedua ialah Shu Ching atau Dokumen Klasik yang juga dikenali sebagai Shang Shu dan Buku Sejarah. Ia mengandungi sebahagian dokumen sejarah dan ucapan semasa zaman awal Chou tetapi kebanyakan diketahui adalah palsu. Perkembangan dua versi Shu Ching semasa abad kedua sebelum masihi dan pemalsuan data telah membawa kepada pengakhiran dalam kontroversi falsafah dan kajian bahasa pada 2000 tahun lepas.
Buku ketiga pula ialah I Ching atau Perubahan Klasik ( juga dikenali sebagai Buku Ramalan) terbina dengan 8 trigram dan 64 hexagram. Diikuti dengan Ch’un Ch’iu atau Spring and Autumn antara hasil karya yang agak berbeza berbanding dengan karya lain, manakala Li Chi atau rekod ritual yang mengandungi pelbagai amalan dan upacara keagamaan dan adat istiadat.
Klasik Tiga Belas pula merupakan kesinambungan dari Klasik Lima namun terdapat beberapa penambahan. Antaranya Kung- Yang Chuan atau tradisi Kung-yang, Ku-liang Chuan atau Tradisi Ku-liang dan Tso-Chuan atau Tradisi Tso. Dalam Klasik Tiga Belas terdapat juga I li atau amalan dan adat istiadat, Chou li atau amalan Chou, Lun Yu tau Anelects, Meng Tzu atau Mencius, Hsiao Ching atau Classic of Fillial peity dan Erh ya.
Empat Buku pula terdiri daripada Li Chi, Ta Hsueh atau Great Learning, Chung Yung atau Doctrine of the Mean, Luan yu dan Meng Tzu. Keempat empat teks di atas menonjolkan ajaran Konficius dalam setiap karyanya. Terdapat juga yang bukan berasal dari ajaran Konficius seperti Kuo yu atau Conversations of the State dan Chu-shu chi nien atau Bamboo Annals. Selain daripada Classic of Songs terdapat satu lagi iaitu Ch’u tzu’u.

Konficiusnisme

      Konficius atau yang lebih terkenal dengan panggilan K’ung fu tzu atau Master K’ung yang berasal dari Negara Lu. Sejarahnya 551-479 SM. Konficius mempercayai kewujudan syurga(tien) dan sebagai manusia kita seharusnya menghormati roh. Selain itu dia percaya semasa zaman pemerintahan Chou, China telah mencapai zaman keamanan. Antara ajaran yang cuba diketengahkan ialah Chun tzu atau gentleman yang terdiri daripada lima iaitu chih (kejujuran), i( keadilan), chung(kesetian), shu(kesalingan) dan jen(cinta). Selain itu sifat gentleman perlu diikuti dengan wen iaitu budaya dan adat istiadat atau lebih kepada kesopanan dan budi bahasa. Kemudian sifat kesederhanaan dan seimbang serta mementingkan masa juga menjadi sebab Konficius terkenal di China.

Toaisme

        Seorang lagi ahi falsafah China yang terkenal ialah Lao tze dengan ajaran yang di bawa Toaisme yang bertentangan dengan ajaran Konficius. Toaisme mementingkan beberapa elemen penting seperti ilmu kebatinan yang ada pada setiap bomoh iaitu boleh berkomunikasi dengan roh. Toa dan wu wei pula mengenai konsep yang sukar diterangkan asasnya. Toa ialah kesatuan iaitu kesamaan antara kecil dengan besar, tinggi dengan rendah, hidup dengan mati,dan baik dengan jahat. Secara relatifnya, semua perkara bergantungkepada kualiti ini brtentangan dengan tema Taoist. Contohnya, air boleh memberi kehidupan kepada ikan tetapi boleh menyebabkan manusia mati. Wu-wei atau bermakna tidak buat apa-apa, pengamal Toa percaya bahawa bahawa setiap yang dilakukan adalah secara semulajadi dan spontan. Penulis-penulis bagi pengamal Tao mengakui bahawa mereka tidak sempurna.  Primitiviti yang unggul bagi Taoisme, diukir diatas sebuah bongkah kayu. Taoime memuji petani yang tahu menggunakan roda air. Toaisme dipercayai seimbang dengan ajaran Confucianisme, kerana kepujian yang merupakan konsep dominant bagi budaya masyarakat china.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...