Friday 16 March 2012

Budaya Kasta di India


TajMahal di India

Negara India merupakannegara yang terletak di bahagian Asia Selatan.  India juga bersempadan dengan negara-negara lain seperti Pakistan, Sri Lanka, Laut Arab danjuga Bangladesh.
Tahukah anda bahawa luas negara india ialah 3,287,590 km persegi dan tercatat sebagai negara yang ketujuh terluas di dunia. Manakala jumlah penduduknya pula, tercatat sebagai nombor dua terbanyak di dunia dengan jumlah 1,080,264,388 orang.Majoriti rakyatnya beragama Hindu, dan yang selebihnya beragama Islam, Sikh, Buddha dan lain-lain.


Sukubangsa di India terdiri daripada Indo Raya, Dravida, dan Mongol.Bahasa rasmi yang digunakan di India pula adalah Bahasa Hindi danInggeris.India menggunakan Bahasa Inggeriskerana India merupakan negara jajahan Inggeris pada suatu ketika dahulu.
Negara India terkenal dengan sistem kasta.Sistem kasta telah menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat seperti rajah di bawah:


Sistem kasta telah menentukan bahawa masyarakat beragama  Hindu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah kaum pariah atau dikenali sebagai "mereka yang tidak boleh disentuh" atau dalam Bahasa Inggeris"untouchables". Rakyat yang berada dalam kasta Sudra dan Pariah tidak akan pernah meningkat taraf hidupnya sehingga mereka meninggal begitu pun keturunannya. Oleh sebab itu, sistem kasta mengakibatkan taraf kemiskinan yang tinggi di India dan kebanyakan kaum wanita dari kaum Sudra sanggup melacurkan diri untuk menampung kehidupan mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...