Friday 2 March 2012

Arnold Toynbee


BIODATA:

NAMA :  Arnold Joseph Toynbee                                                 
T/LAHIR : 1889 di British
M/DUNIA : 1975
TAHAP KEHIDUPAN : Golongan kelas pertengahan dalam masyarakat British.

KETOKOHAN:
- Seorang ahli sejarah yang terkenal.
- pakar dalam bidang Sejarah Greek (Yunani) dan Rom.


PENDIDIKAN:
-Mendapat pendidikan awal mendapat pendidikan menengahnya di sekolah asrama (pendidikan bangsawan)
- melanjutkan pendidikan tingginya di Unversiti Oxford.
- Bidang pengajiannya ialah Sejarah Klasik.

SUMBANGAN:
- Pada tahun 1914, Perang Dunia Pertama telah berlaku di Eropah. Toynbee diarah berkhidmat   dalam bahagian diplomatik.
 - Pada tahun 1920, selepas tamat Perang Dunia Pertama, beliau melibatkan diri dalam bidang penerbitan dengan sebuah majalah berkenaan hal ehwal antarabangsa, di samping turut mengajar di Universiti London (1919-1955), sambil menghabiskan masa dan usahanya menyiapkan penulisan buku agungnya, "A Study of History".
- Sepanjang hidupnya Toynbee telah memperlihatkan perluasan kuasa British serta kemerosotannya pada awal abad ke-20.

- Beliau juga telah melalui peristiwa Perang Dunia Pertama yang telah membawa penderitaan dan kemusnahan kepada tamadun kemanusiaan.

- Dalam keadaan yang kritikal ini, Toynbee telah memberikan takrifan semula tentang pengertian sejarah dan nasib peradaban manusia seperti katanya, "...saya tidak mahu cucu cicit saya mengalami nasib yang sama. Menulis buku "A Study of History" merupakan pendirian responsif saya terhadap cabaran dan hasil daripada kekejaman dan kealpaan manusia yang telah saya saksikan di depan mata saya sendiri".

- Dalam mentakrif dan memahami makna peradaban, Toynbee menyatakan peradaban sebagai "satu keadaan atau suasana masyarakat yang dicipta dengan bersungguh-sungguh, agar semua manusia boleh hidup di dalamnya secara aman dan harmoni seperti berada di dalam sebuah keluarga beserta nilai sejagatnya".

- Menurut beliau peradaban akan melalui tahap-tahap seperti kelahiran, perkembangan, kemerosotan dan kehancuran (disintegration). Selepas melalui tahap kehancuran, maka lenyaplah peradaban tersebut.
 

- Menurut beliau lagi, terdapat hubungan atau pertalian kekeluargaan antara peradaban bersifatkan sejarah. Oleh itu, terdapatnya Perdaban Induk dan Peradaban Terbitan (affiliated civilization).
 

-Toynbee juga telah membahagikan jumlah peraban manusia kepada 21 buah peradaban yang diberi ciri-ciri pensejarahan dan turun naik peradaban-peradaban tersebut.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...