Tuesday 27 March 2012

TAMADUN MELAYU: MASA DEPAN (PART 2)

Kecemerlangan tamadun melayu semakin berkembang apabila:-

Ø  wujudnya projek raksasa Koridor Raya Multimedia yang diumumkan pada akhir tahun 1996 yang menjadikan kawasan yang dilengkapi infrastruktur, perundangan, dasar dan amalan yang memungkinkan firma-firma multimedia menerokai dunia maklumat tanpa sempadan.

Ø  dalam pemerinthan negara Malaysia, masyarakat melayu sudah mempunyai pentadbiran yang cekap iaitu mempunyai jentera pentadbiran yang boleh dibanggakan. Ia bukan sahaja cekap, disiplin dan produktif tetapi bermutu tinggi dan setanding dengan jentera pentadbiran di negara-negara maju.

Ø  wujudnya masyarakat melayu yang bersatu padu, sentiasa memelihara moral dan etika serta masyarakat liberal dan bertolak ansur, maka tidak mustahil suatu hari nanti negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bertamadun. Jikalau di zaman penjajah Inggeris, anak melayu menjadi petani, pegawai rendah, tetapi sekarang sudah berubah menjadi ketua jabatan saintis, actuarist, ahli fizik nuclear, pakar bedah dan pakar dalam pelbagai bidang serta menjadi ahli korporat. Inilah masanya untuk membuktikan kepada dunia bahawa orang melayu boleh menjadi pengurus yang cekap dan baik serta mampu membangunkan kegemilangan tamadun Islam.


Ø  sains dan teknologi juga merupakan teras utama kepada pembangunan sesebuah bangsa melayu menjelang tahun 2020. keadaan ini dapat dilihat apabila komputer bukan lagi menjadi barangan mewah, tetapi keperluan harian manusia di masa hadapan. Kekuatan teknologi terletak kepada pembangunan sumber tenaga manusia. Justeru itu, masyarakat melayu perlu menjadikan Malaysia sebagai negara penyumbang kepada sains dan teknologi dan bukan hanya pengguna kemudahan itu menjelang tahun 2020.

Hasrat pembangunan ini tidak dapat di laksanakan, jika masyarakat melayu tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap berteraskan sistem nilai yang murni, beradap dan berakhlak mulia. Sejarah telah menunjukkan bahawa negara dan tamadun ada pasang surutnya iaitu yang jatuh dan bangun sepanjang masa pemerintahannya. Oleh itu, adalah penting bagi Malaysia dan rakyatnya mengkaji status pasang surut sesuatu tamadun agar dapat rakyatnya menjadikan iktibar untuk kemantapan pembangunan tamadun melayu dan negara Malaysia pada masa akan datang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...