Tuesday 13 March 2012

Piramid di JAWA BARAT ??


Pernahkah anda terbaca tentang ini??
sumber :  Berita Harian (19/02/2012)

 PEMANDANGAN di Gunung Sadahurip Jawa Barat
 yang dikatakan mempunyai bentuk seakan-akan sebuah piramid.

Tiga kementerian bincang  usaha sokong laksana penyelidikan

Sepasukan saintis sedang berusaha melakukan penyelidikan mengenai khabar angin kononnya wujud piramid di Gunung Sadahurip dan Gunung Padang Cianjur Jawa Barat.
Pegawai khas presiden dalam pengurusan bencana dan hal ehwal sosial Andi Arief, beliau mengadakan satu mesyuarat pada Jumaat membincangkan mengenai isu itu.


“Saya berharap dapat meyakinkan tiga orang menteri negara ini bagi menyokong usaha kumpulan saintis berkenaan,” katanya.

Mesyuarat dihadiri ahli Pasukan Kajian Katastrofik Purba, diketuai ahli sismologi, Danny Hilman dan wakil dari kementerian pelancongan, teknologi dan penyelidikan serta kebudayaan dan pendidikan.
Andi berkata mesyuarat tidak rasmi juga diadakan antara pasukan itu dan pegawai dari Kementerian Pelancongan.
Kementerian berkenaan akan membawa pakar, peralatan dan dana untuk membantu projek berkenaan.
Penemuan piramid di Indonesia, kata Hilman akan menulis semula sejarah di kepulauan berkenaan dan mungkin juga di dunia.
“Kita boleh buktikan bahawa tamadun purba kita lebih maju berbanding apa yang dipercayai sebelum ini, malah lebih lama daripada Majapahit,” katanya merujuk kepada satu daripada kerajaan purba dan terbesar yang diketahui.
Timbalan menteri teknologi dan penyelidikan, Teguh Rahardji, berkata pejabat beliau akan melihat perkara itu sebelum memutuskan sama ada akan terbabit atau tidak. “Kami menyokong penyelidikan seperti ini,” katanya.

 Pasukan itu, kata Andi pada awalnya mahu melakukan penyelidikan geologi berbanding mencari piramid. Beliau berkata idea untuk mencari piramid datang selepas sebuah syarikat pelancongan Geotrek Indonesia menyifatkan bahawa Gunung Sadahurip di daerah Garut kelihatan terlalu berbentuk piramid berbanding bentuk semulajadi.

Tidak semua percayakan teori piramid terbabit. Sujatmiko, seorang ahli geologi dari Persatuan Pakar Geologi Indonesia berkata beliau menyangkakan Sadahurip terbentuk secara semula jadi.

Gunung itu berada di garisan gunung berapi utama di Jawa Barat dan Sujatmiko berkata ia terbentuk sebagai sebuah timbunan piroklastik gunung berapi daripada magma yang muncul dari permukaan bumi tanpa saluran magma tipikal di bawahnya.



Pemangku Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan, Gde Pitana berkata tanggapan sejarah Indonesia mungkin termasuk piramid adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Terlalu banyak gunung di sini yang tidak perlu lagi dibina struktur tinggi untuk tujuan penyembahan. – Agensi

Apa keputusan nya?? kita tunggu dan lihat ya.. 



 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...