Monday, 12 March 2012

Mari Sama-sama Ubah Paradigma !

Ubah paradigma dengan  tarbiyah! 


Jangan bertanya apa yang dakwah berikan kepadamu, tetapi bertanyalah apa yang telah engkau berikan pada dakwahmu dari kehidupanmu, hartamu, masamu dan nyawamu. Carilah momentum dan spirit dari murabbi- murabbi silam. Gali semula spirit tarbiyah dari kisah-kisah para sahabat r.a, kisah Solahuddin al-Ayyubi, kisah Muhammad al-Fateh, kisah Hasan al-Bana, para syuhadak Palestin dan lain-lain lagi.

Ubah paradigma dengan tarbiyah. Tarbiyah untuk menjadi insan ‘solih li nafsihi nafi’an lighairihi”. Tarbiyah yang hidup, dinamik, segar dan produktif. Jadikan tarbiyah humum (keprihatinan) anda setiap saat, setiap masa, setiap ketika..dulu,kini dan selamanya. Jadikan tarbiyah juga ubat mujarab bagi segala masalah, vitamin penyubur dakwah, kapsul penguat harakah.

Ubah paradigm dengan tarbiyah!. Tarbiyah ini jalannya satu, jalan yang dilalui oleh  Rasulullah, para sahabat dan mereka yang mengikutinya. Tarbiyah menjana daie produktif dan murabbi kreatif. Tarbiyah menjadikan Sang Murabbi Qudwah Teladan dan Mutarobbi tidak beralasan. Tarbiyah sehingga mendapat gelaran MBA ( Murabbi banyak akal) dan  PHD ( pakar harakah dan dakwah).

Ubah paradigm dengan tarbiyah! Tarbiyah adalah jalan menemui allah, jalan mendapat barakah, jalan ke al-jannah, jalan memperolehi mardhatillah.

Jadi, mari kita sama-sama saksikan video yang bermanfaat ni. Semoga menjadi iktibar buat semua. InsyaALLAH. :)


video

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...